Samsung GE83M User Manual Page 6

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 84
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 5
6
MALAY
Hilangkan semua bahan-bahan asing seperti habuk atau air dari terminal-
terminal palam kuasa dan titik sentuhan menggunakan kain kering dengan
kerap.
Jangan tarik atau terlalu bengkokkan atau letakkan objek berat atas kord
kuasa.
Sekiranya berlaku kebocoran gas (seperti gas propana, gas LP, dll), alih
udara dengan segera tanpa menyentuh palam kuasa.
Jangan sentuh palam kuasa dengan tangan yang basah.
Jangan matikan alat ini dengan mencabut palam kuasa semasa ia sedang
beroperasi.
Jangan masukkan jari atau benda asing. Jika sebarang benda asing seperti
air memasuki alat ini, cabut palam kuasa dan hubungi pusat perkhidmatan
yang terdekat dengan anda.
Jangan kenakan tekanan atau hentaman berlebihan pada alat.
Jangan letakkan ketuhar ini di atas benda yang mudah pecah seperti singki
atau benda kaca. (Model atas kaunter sahaja)
Jangan gunakan benzena, pencair, alkohol, pembersih wap atau
pembersih tekanan tinggi untuk membersihkan alat ini.
Pastikan bahawa voltan kuasa, frekuensi dan arus adalah sama seperti
spesifikasi produk.
Pasang palam kuasa pada soket dinding dengan kukuh. Jangan gunakan
penyesuai berbilang palam, kord pemanjang atau pengubah elektrik.
Jangan sangkutkan kord kuasa pada objek logam, masukkan kord kuasa
di antara objek atau di belakang ketuhar.
Jangan gunakan palam kuasa yang rosak, kord kuasa yang rosak atau
soket dinding yang longgar. Apabila palam kuasa atau kord kuasa rosak,
hubungi pusat perkhidmatan yang terdekat dengan anda.
Alat-alat tidak dimaksudkan untuk dikendalikan dengan menggunakan
pemasa luaran atau sistem kawalan jauh berasingan.
Jangan tuang atau sembur air pada ketuhar.
Jangan letakkan objek atas ketuhar, di dalam atau di pintu ketuhar.
Jangan semburkan bahan meruap seperti ubat serangga pada permukaan
ketuhar.
Kanak-kanak harus diselia bagi memastikan mereka tidak bermain dengan
alat ini. Jauhkan kanak-kanak daripada pintu apabila membuka atau
menutupnya kerana mereka mungkin terlanggar pintu atau tersepit jari
pada pintu.
Alat ini tidak dimaksudkan untuk dipasang di dalam kenderaan jalan raya,
karavan, dan kenderaan-kenderaan yang serupa dll.
Jangan simpan bahan-bahan mudah terbakar di dalam ketuhar. Berhati-
hati semasa memanaskan masakan atau minuman yang mengandungi
alkohol kerana wap alkohol boleh terkena bahagian ketuhar yang panas.
Ketuhar gelombang mikro ini dimaksudkan untuk digunakan di atas
kaunter atau atas kaunter sahaja; ketuhar gelombang mikro ini tidak harus
diletakkan di atas kabinet. (Model atas kaunter sahaja)
AMARAN : Alat dan bahagian alat yang boleh dicapai menjadi panas
semasa penggunaan. Berhati-hati agar tidak menyentuh elemen-elemen
pemanas. Kanak-kanak berusia kurang daripada 8 tahun seharusnya
dijauhkan melainkan sentiasa diselia.
AMARAN : Hanya benarkan kanak-kanak menggunakan ketuhar tanpa
penyeliaan apabila arahan yang mencukupi telah diberikan supaya kanak-
kanak tersebut boleh menggunakan ketuhar dengan cara yang selamat
dan memahami bahaya penggunaan yang tidak betul.
Alat in boleh digunakan oleh kanak-kanak berusia 8 tahun ke atas dan
orang-orang yang kekurangan keupayaan fizikal, deria atau mental atau
kurang pengalaman dan pengetahuan jika mereka telah diselia atau
diberi arahan mengenai penggunaan alat dengan cara yang selamat dan
memahami bahaya yang terlibat. Kanak-kanak tidak seharusnya bermain
dengan alat ini. Pembersihan dan penyelenggaraan pengguna tidak
seharusnya dilakukan oleh kanak-kanak tanpa seliaan.
AMARAN : Jika pintu atau kedap pintu rosak, ketuhar tidak boleh
dikendalikan sehingga ia telah dibaiki oleh orang yang cekap.
AMARAN : Adalah merbahaya bagi seseorang yang tidak cekap
menjalankan sebarang servis atau operasi pembaikan yang melibatkan
kerja menanggalkan penutup yang memberi perlindungan daripada
pendedahan kepada tenaga gelombang mikro.
AMARAN : Pastikan alat ini dimatikan sebelum menggantikan lampu bagi
mengelakkan kemungkinan kejutan elektrik.
GE83M_XSM_DE68-04151C-01_MA.indd 6 2013-10-01 �� 7:36:54
Page view 5
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 ... 83 84

Comments to this Manuals

No comments