penggunaan ketuhar _47
04 PENGGUNAAN KETUHAR
Panduan memasak gelombang mikro
Gelombang mikro
Tenaga gelombang mikro sebenarnya menembusi makanan, tertarik kepada
dan diserap oleh kandungan air, lemak dan gulanya.
Gelombang mikro menyebabkan molekul-molekul di dalam makanan bergerak
dengan pantas. Pergerakan molekul yang pantas ini menimbulkan geseran
dan haba yang dihasilkan memasak makanan.
Masakan
Perkakas memasak untuk proses memasak gelombang mikro:
Perkakas memasak mestilah membolehkan tenaga gelombang mikro
menembusinya untuk kecekapan maksimum. Gelombang mikro dipantulkan
oleh logam, seperti keluli tahan karat, aluminium dan tembaga, tetapi ia boleh
menembusi seramik, kaca, tembikar dan plastik serta kertas dan kayu. Jadi
makanan tidak boleh dimasak di dalam bekas logam.
Sentiasa gunakan pinggan putar semasa menggunakan mod gelombang mikro.
Letakkan bekas dan makanan di atas pinggan putar.
Makanan yang sesuai untuk proses memasak gelombang mikro:
Banyak jenis makanan sesuai untuk proses memasak gelombang mikro,
termasuk sayur-sayuran segar dan sejuk beku, buah-buahan, pasta, beras,
biji-bijian, kacang, ikan dan daging. Sos, kastard, sup, puding kukus, jeruk, dan
cutni boleh juga dimasak di dalam ketuhar gelombang mikro. Umumnya, proses
memasak gelombang mikro adalah ideal bagi sebarang makanan yang biasanya
dimasak di atas dapur. Mentega atau coklat lebur, sebagai contoh, lihat bab yang
mempunyai tips cepat & mudah di akhir buku panduan.
Menutup semasa memasak
Menutup makanan semasa memasak adalah sangat penting, kerana air yang
menyejat naik sebagai wap dan menolong proses memasak. Makanan boleh
ditutup dengan berlainan cara: contohnya dengan pinggan seramik, penutup
plastik atau plastik lekap yang sesuai untuk gelombang mikro.
Masa Biar
Selepas proses memasak selesai, masa biar untuk makanan adalah penting
untuk membolehkan suhu menjadi seimbang di dalam makanan.
CP1395EST_XSP_DE68-03885E_MA.indb 47 2011-08-02 8:23:01
Comments to this Manuals