Samsung GE71M User Manual Page 7

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 72
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 6
7
MALAY
Alat harus membenarkan pemotongan alat dari bekalan selepas
pemasangan. Pemotongan boleh dicapai dengan palam yang boleh
diakses atau dengan menggabungkan satu suis dalam pendawaian
tetap mengikut peraturan pendawaian. (Model terbina dalam sahaja)
Jika kord bekalan rosak, ia mesti diganti oleh pengilang, ejen
perkhidmatannya atau orang-orang yang sama berkelayakan bagi
mengelakkan bahaya.
AMARAN : Apabila alat dikendalikan dalam mod kombinasi, kanak-
kanak hanya boleh menggunakan ketuhar dibawah penyeliaan
orang dewasa kerana suhu yang dijana.
Suhu permukaan boleh dicapai mungkin tinggi semasa alat sedang
beroperasi.
Pintu atau permukaan luar mungkin menjadi panas semasa alat
sedang beroperasi.
AWAS
Hanya gunakan perkakas yang sesuai untuk digunakan di dalam
ketuhar gelombang mikro; JANGAN gunakan sebarang bekas
logam, Pinggan mangkuk makan malam dengan kemasan emas
atau perak, Pencucuk, garpu, dll.
Tanggalkan ikatan pintal dawai dari beg kertas atau plastik.
Sebab: Pengarkaan atau pencucuhan elektrik boleh berlaku dan
boleh merosakkan ketuhar.
Apabila memanaskan makanan dalam bekas plastik atau kertas,
perhatikan ketuhar untuk mengesan kemungkinan pencetusan
bunga api.
Jangan gunakan ketuhar gelombang mikro untuk mengeringkan
kertas atau kain.
Gunakan masa yang lebih singkat untuk makanan yang sedikit
bagi mengelakkan pemanasan berlebihan dan menghanguskan
makanan.
Jika asap kelihatan, matikan atau cabut palam alat dan pastikan
pintu ketuhar ditutup untuk mematikan api.
Ketuhar harus dibersihkan dengan tetap dan sebarang cebisan
makanan ditanggalkan;
Jangan rendam kabel kuasa atau palam kuasa di dalam air dan
jauhkan kabel kuasa dari haba.
Telur dalam kulitnya dan telur rebus tidak harus dipanaskan di
dalam ketuhar gelombang mikro oleh kerana ia boleh meletup,
walaupun setelah pemanasan gelombang mikro selesai; Selain itu,
jangan panaskan botol kedap udara atau dikedap vakum, balang,
bekas, kacang dalam kulit, tomato, dll.
Jangan tutup lubang-lubang alur pengalihan udara dengan kain
atau kertas. Ia boleh terbakar semasa udara panas keluar dari
ketuhar. Ketuhar juga boleh menjadi terlalu panas dan dimatikan
secara automatik, dan akan kekal dimatikan sehingga ia telah sejuk
secukupnya.
Sentiasa gunakan sarung tangan ketuhar apabila mengeluarkan
bekas dari ketuhar untuk mengelakkan luka terbakar yang tidak
disengajakan.
Jangan sentuh elemen-elemen pemanas atau dinding dalaman
ketuhar sehingga ketuhar telah sejuk.
Kacau cecair separuh masa semasa memanas atau selepas
pemanasan tamat dan biarkan cecair sekurang-sekurangnya 20
saat selepas pemanasan untuk mencegah didihan yang membuak-
buak.
Berdiri sejauh kira-kira dua kaki dari ketuhar apabila membuka
pintunya untuk mengelakkan melecur disebabkan udara atau wap
panas yang keluar.
Jangan kendalikan ketuhar gelombang mikro semasa ia kosong.
Ketuhar gelombang mikro akan dimatikan secara automatik selama
30 minit untuk tujuan keselamatan. Kami menyarankan meletakkan
segelas air di dalam ketuhar sepanjang masa untuk menyerap
gelombang mikro jika ketuhar gelombang mikro dihidupkan secara
tidak sengaja.
Jangan gunakan pembersih kasar yang kuat atau pengerik logam
yang tajam untuk membersihkan kaca pintu ketuhar kerana ia boleh
mencalarkan permukaannya, yang boleh mengakibatkan kaca itu
pecah.
Pasang ketuhar dengan mematuhi kelulusan yang dinyatakan di
dalam manual ini. (Lihat Memasang Ketuhar Gelombang Mikro
Anda)
Berhati-hati semasa menyambung peralatan elektrik lain pada soket
berhampiran ketuhar.
GE71M_XSM_DE68-04090E_MA.indd 7 5/21/2012 7:07:47 PM
Page view 6
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 ... 71 72

Comments to this Manuals

No comments