Samsung MC32K7055LT User Manual Page 33

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 156
  • Table of contents
  • TROUBLESHOOTING
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 32
Bahasa Melayu 33
Penggunaan ketuhar
Menggunakan ciri hidup/mati pinggan putar
Butang Hidup/Mati Pinggan Putar membolehkan anda menggunakan pinggan besar yang
memenuhi ruang ketuhar dengan menghalang pinggan putar daripada berputar (hanya mod
masakan manual).
AWAS
Hasilnya akan kurang memuaskan hati dalam hal ini kerana pemasakannya adalah kurang rata. Kami
menyarankan supaya anda memutar bekas dengan tangan semasa separuh masa proses memasak.
AMARAN
Jangan sekali-kali mengendalikan pinggan putar tanpa makanan di dalam ketuhar.
Sebab: Ini boleh menyebabkan kebakaran atau kerosakan kepada unit ini.
1
2
1. Tekan butang Hidup/Mati Pinggan Putar
semasa menetapkan fungsi Gelombang Mikro,
Gril, Bagas Panas, Prapemanasan dan Kombi.
Ia tidak tersedia dengan fungsi yang
dipraprogram atau sebelum menekan
butang Microwave (Gelombang Mikro),
Grill (Gril), Hot Blast (Bagas Panas),
Preheat (Prapemanasan) dan Combi
(Kombi).
Hasil: Simbol Hidup/Mati Pinggan Putar
muncul pada paparan, pinggan
putar tidak akan berputar semasa
memasak.
(Mod mati pinggan putar)
2. Untuk menghidupkan pemutaran piring putar
semula, tekan butang Hidup/Mati Pinggan
Putar sekali lagi.
Hasil: Simbol Hidup/Mati Pinggan Putar
hilang daripada paparan, pinggan
putar akan berputar.
NOTA
Butang Hidup/Mati Pinggan Putar ini hanya tersedia semasa memasak.
Mematikan pembunyi bip
Anda boleh mematikan pembunyi bip bila-bila sahaja anda mahu.
1 1
2 2
1. Tekan butang START/+30s (MULA/+30s) dan
STOP/ECO (BERHENTI/EKO) pada masa yang
sama.
Hasil:
Ketuhar tidak berbunyi bip untuk
menunjukkan tamatnya sesuatu fungsi.
Penunjuk-penunjuk yang berikut dipaparkan.
2. Untuk menghidupkan pembunyi bip semula,
tekan butang START/+30s (Mula/+30s) dan
STOP/ECO (BERHENTI/EKO) sekali lagi pada
masa yang sama.
Hasil: Ketuhar beroperasi seperti biasa.
Penunjuk-penunjuk yang berikut dipaparkan.
Menggunakan ciri kunci kanak-kanak
Ketuhar gelombang mikro anda dilengkapi dengan program kunci kanak-kanak khas, yang
membolehkan ketuhar “dikunci” supaya kanak-kanak atau sesiapa yang tidak biasa dengan
ketuhar ini tidak boleh mengendalikannya dengan tidak sengaja.
1
2
1. Tekan butang Kunci Kanak-kanak selama 3
saat.
Hasil:
Ketuhar dikunci (tiada fungsi yang boleh
dipilih).
Paparan menunjukkan “L”.
2. Untuk membuka kunci ketuhar, tekan butang
Kunci Kanak-kanak selama 3 saat.
Hasil:
Ketuhar boleh digunakan seperti biasa.
MC32K7055LT_SM_DE68-04493A-00_ZH_MS+ZH+EN.indb 33 4/25/2017 2:27:10 PM
Page view 32
1 2 ... 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 ... 155 156

Comments to this Manuals

No comments